blog ini adalah untuk tujuan perkongsian ilmu dan kisah hidup peribadi sahaja. ada juga iklan duit online di sisi kanan blog. suma free. x payah segan2 kalo nak join. lastly, please say something after visiting this blog...
Monday, November 2, 2009
30 % daripada 100 produk kesihatan diuji USM tidak halal
Dekannya, Prof. Madya Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, kebanyakan produk yang diuji tidak halal oleh pihaknya dipercayai boleh diperoleh di pasaran tempatan.
Tanpa mendedahkan produk berkenaan, menurutnya, barangan yang diuji bagi mengenalpasti sumber gelatin yang digunakan itu telah dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk.
''Daripada 100 produk kesihatan yang kita uji, kira-kira 30 peratus didapati tidak halal dan menggunakan gelatin daripada babi kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.
''Malah kebanyakan produk farmaseutikal yang dijual di negara ini mengatakan produk mereka halal tetapi hakikatnya kita tidak tahu kerana tiada sebarang mekanisma digunakan untuk menentukan perkara itu,'' katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.
Gelatin merupakan suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.
Beliau berkata, pendedahan itu bagaimanapun tidak menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di negara ini kerana ada pengeluar bertindak menukar kepada gelatin yang halal selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.
Sehubungan itu, Syed Azhar berharap supaya pihak bertanggungjawab termasuk Kementerian Kesihatan mewajibkan semua pengeluar produk kesihatan untuk menggunakan gelatin kapsul daripada sumber yang halal.
Dalam pada itu, beliau berkata, inisiatif USM membangunkan kajian berkaitan status halal sesuatu produk membuktikan komitmen universiti dalam merealisasikan harapan negara untuk muncul sebagai hab produk halal dunia.
Malah katanya, usaha itu juga bertujuan meningkatkan pembangunan ummah secara mapan supaya masyarakat di negara ini berupaya mengubah cara hidup ke arah lebih baik dengan adanya kajian-kajian seumpama itu.
''Isu halal ini bukan terhad kepada produk malah ia berkaitan dengan cara hidup kita seharian dan ia juga lebih bersifat kesedaran di mana bila kita sedar kepentingannya malah sekali gus mampu mengubah cara hidup kita,'' jelasnya.
Monday, October 26, 2009
graduasi abg jeff
latest event...
Friday, October 23, 2009
Cabaran utama mahasiswa IPTA
SEORANG profesor terkenal pernah memberitahu penulis mengenai betapa ruginya mahasiswa kini kerana tidak berpeluang merasai nikmat hidup di kampus seperti zamannya dahulu.
Beliau menceritakan pengalaman hidup di kampus sekitar awal 1970-an. Mengenai aktiviti bersama rakan sekuliah, menganjurkan seminar dan projek khidmat masyarakat, berdebat dan tidak ketinggalan alam politik di kampus.
Nampaknya pengalaman luar dewan kuliah tetap kekal erat di dalam memori beliau. Kisah profesor tersebut mungkin berbeza dengan keadaan sekarang. Hari ini, mahasiswa terbeban dengan rutin akademik yang begitu rigid sehingga aktiviti di luar dewan kuliah dan yang bukan berunsur peperiksaan sudah dianggap tidak penting.
Perkembangan akademik hanya berlaku sekitar syarahan, nota kuliah dan peperiksaan.
Hakikatnya cabaran mahasiswa semakin hari semakin besar. Sekurang-kurangnya terdapat tiga cabaran utama. Pertama, berjaya mengungguli prestasi akademik dengan ukuran pencapaian CGPA 3.50 ke atas.
Kedua, mempunyai tahap kemahiran komunikasi lisan dan tulisan dalam dwibahasa khususnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dan ketiga, mempunyai jati diri yang tinggi seperti berani mencuba, inovatif serta kecekapan membina jaringan sosial.
Cabaran pertama sememangnya sudah difahami sejak menjejakkan kaki ke menara gading. Tetapi bagaimana mereka menguruskan cabaran kedua dan ketiga sebelum melangkah keluar dengan segulung ijazah?
Setiap tahun institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menghasilkan puluhan ribu graduan. Bilangan ini semakin bertambah dengan pelajar yang pulang membawa ijazah dari luar negara.
Dan pengangguran mahasiswa pula semakin tahun semakin bertambah. Data-data menunjukkan graduan yang menganggur mencecah 50,000 ketika ini.
Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif menawarkan pendidikan lanjutan dengan elaun agar para graduan ini dapat membuat kemasan diri dan kelengkapan ilmu teknologi tambahan sebelum mereka benar-benar bersedia ke alam pekerjaan.
Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai punca pengangguran siswazah. Antaranya, kesilapan pemilihan bidang yang tidak selari dengan jawatan yang ditawarkan. Gaji rendah dan tidak tetap, majikan menolak kerana tiada pengalaman kerja dan sebagainya.
Namun yang jelas, kesemua kajian mendapati wujud persamaan dalam satu perkara iaitu ketidakupayaan graduan memenuhi "keperluan asas" yang diperlukan oleh majikan.
Ia selalunya berkaitan dengan kelemahan kemahiran sosial dan keterampilan diri. Antara tuntutan majikan ialah kebolehan berkomunikasi lisan dan tulisan, berupaya melakukan pengucapan umum yang meyakinkan, beretika sopan, mempunyai prinsip kerja terbuka, toleran dan cekap membuat keputusan yang betul dalam masa singkat.
Semua keperluan asas ini sememangnya diketahui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta pimpinan IPT, lalu membentuk konsep kemahiran generik bagi tujuan meningkatkan pembangunan pelajar. Modul ini kemudiannya ditadbirkan kepada semua IPTA agar graduan mempunyai kemahiran generik yang tinggi dan memenuhi keperluan majikan. Semua ini telah diatur dengan begitu baik dan teliti serta dilaksanakan secara konsisten oleh semua IPTA.
Malangnya masih ada cabaran yang perlu dilalui untuk menjayakan pembangunan pelajar ini. Kajian-kajian terbaru berkaitan perkembangan kemahiran generik mendapati kebanyakan pelajar tidak mengambil peluang memperlengkapkan diri dengan kemahiran generik seperti perhatian yang mereka berikan kepada pencapaian akademik.
Biasanya apabila kajian pengesanan graduan dilakukan ke atas pelajar yang telah tamat dan sedang mencari pekerjaan, rata-rata mereka menyatakan kekesalan kerana tidak mengambil peluang meningkatkan perkembangan diri melalui program-program perkembangan generik yang disediakan.
Jika dahulu di awal tahun 1970-an, pendidikan universiti mempunyai tiga matlamat iaitu menimba ilmu untuk menjadi insan yang berhemah dan berketerampilan. Kemudian menjadi warga yang baik dan terakhir, menjadi pekerja berkualiti.
Hari ini, seseorang mahasiswa perlu menggabungkan ketiga-tiga matlamat itu sebagai satupakej. Mereka harus mencapai kecemerlangan akademik dan pada masa yang sama melatih diri untuk berketerampilan, beretika, matang serta bersahsiah tinggi.
Penelitian penulis terhadap perancangan ko-kurikulum yang dibangunkan di semua IPTA menunjukkan komponen pembangunan moral dan tanggungjawab sosial masih sangat kurang disampaikan kepada pelajar.
Walaupun dicatatkan sebagai rujukan dalam dokumen kurikulum, realitinya pelaksanaan masih gagal disempurnakan.
Tiga komponen utama yang dipertanggungjawabkan membina perkembangan pelajar di universiti ialah fakulti atau sekolah pengajian, kolej kediaman dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Hal Ehwal pelajar.
Di fakulti, urusan akademik menjadi fokus utama di kalangan tenaga akademik dan pelajarnya. Rata-rata pensyarah akan memastikan semua kandungan sukatan pembelajaran ditamatkan dalam semester pengajian berkenaan. Ini bagi memenuhi kepatuhan audit kualiti akademik di hampir semua IPT.
Kolej kediaman adalah tempat di mana pelajar tinggal. Maka kemudahan penginapan, keselesaan bilik, kafeteria dan kemudahan riadah menjadi tumpuan utama.
Walaupun sudah ada perancangan untuk memberikan imej baru kepada konsep akademik di kolej kediaman tetapi peranan baru kolej kediaman ialah membina kesedaran bahawa dunia akademik tidak seharusnya berhenti di dewan kuliah sahaja.
Kolej kediaman berperanan membina budaya akademik melalui aktiviti luar kuliah supaya pelajar sedar bahawa cara mereka berfikir, bercakap, membuat keputusan, bergaul dan berhujah seharusnya dilingkungi oleh alam akademik dalam satu sistem ekosistem ilmu menyeluruh. Hanya dengan cara ini maka graduan IPT bukan sahaja keluar dengan sekeping ijazah tetapi memenuhi pakej yang diperlukan.
Sementara di bahagian Hal Ehwal Pelajar, pelbagai program perkembangan pelajar dirancang untuk melengkapkan mereka dalam menghadapi dunia selepas pengajian di universiti. Kejayaan membangunkan intelektualisme pelajar sangat tergantung kepada kejayaan pihak pengurusan HEP merangka dan melaksanakan semua program perkembangan pelajar secara konsisten, berkualiti serta memenuhi keperluan semasa di kampus.
Belajar di IPT tidak lengkap jika pelajar tidak melibatkan diri dengan kegiatan berorganisasi serta berpersatuan. Malah sebahagian kemahiran insaniah yang tidak diperoleh di dalam dewan kuliah akan diperoleh melalui kegiatan berpersatuan.
Kata Albert Einstein, pendidikan sebenar ialah ilmu yang masih tertinggal apabila seseorang telah melupakan semua apa yang dilalui semasa di 'sekolah' dahulu. Oleh itu, apa pun yang dipelajari semasa melaksanakan aktiviti berpersatuan sebenarnya adalah sebahagian pendidikan untuk membina modal insan para mahasiswa.
Imej dan identiti mahasiswa sekarang sudah berubah. Oleh kerana program akademik yang semakin padat, pembelajaran di universiti kini lebih cenderung belajar berasaskan modul. Pelajar kurang inisiatif mencari input tambahan dan sangat bergantung pada apa yang disediakan oleh pensyarah sebagai bacaan asas atau teks utama.
Pelajar juga lebih suka menunggu arahan pensyarah dan gemar dipimpin berbanding memimpin.
Selain itu imej ulat Internet, taksub dan gila komputer, khayal dengan hiburan dan meminati bahan dan media bacaan ringan. Etika berpakaian juga semakin lemah, alasannya lebih ringkas adalah lebih praktikal.
Sekurang-kurangnya empat perkara di bawah harus dilaksanakan dengan segera.
Pertama, kerangka aktiviti kemahasiswaan era ini harus mengambil kira keperluan majikan dan industri serta keperluan nilai masyarakat.
Kedua, pihak universiti perlu melaksanakan latihan untuk meningkatkan kemahiran tadbir urus kemahasiswaan di kalangan pegawai JHEP.
Mereka ini bertanggungjawab membantu pelajar melaksanakan program berkualiti. Kebanyakan pegawai JHEP belajar melalui pengalaman semata-mata dalam memahami pengurusan mahasiswa.
Ketiganya, menjadikan aktiviti pelajar sebagai aktiviti wajib. Keempat, menyediakan peruntukan kewangan untuk melaksanakan aktiviti pelajar sama ada melalui peruntukan kerajaan, tajaan industri, korporat ataupun alumni IPT.
Adalah tidak benar bahawa AUKU adalah sebab utama yang membawa kepada imej kelesuan mahasiswa seperti disuarakan oleh sesetengah pihak di luar kampus.
Mahasiswa perlu berfikir dan mula merancang aktiviti lebih mencabar sesuai dengan harapan masyarakat terhadap mereka sebagai modal insan utama pembangunan negara.
Pihak KPT dan IPT pula perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima idea-idea baru daripada para mahasiswa walaupun idea-idea tersebut mungkin berada di luar kotak pemikiran kita.
PENULIS ialah Timbalan Pengarah Akademik Kolej, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM
Wednesday, October 7, 2009
dah penuh ker puasa 6?
__________________________________________________________________________
Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :
" Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).
Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :
"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun."
(Hadis riwayat Al-Darimi).
Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.
Sabda Rasulullah saw,
Yang bermaksud, " Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, keluar (dihapus) dosanya seolah-olah dia baru dilahirkan oleh ibunya.
__________________________________________________________________________
• Seseorang mukmin yang mengqada'kan puasa fardhu dalam bulan Syawal untuk tujuan dapat fadhilat puasa enam hari dalam bulan Syawal, bagaimana pandangan Islam tentang perkara ini?
__________________________________________________________________________
Bagi sesiapa yang mengqada'kan puasa fardhu dalam bulan Syawal akan mendapat puasa enam hari dalam bulan Syawal sekalipun dengan niat qada' sahaja. Sekiranya dia berniat qada' berasingan dengan niat puasa enam hari bulan Syawal itu adalah Afdhal.
Hal ini ditasybihkan dengan pendapat tentang solat sunat Tahiyyat al-Masjid. Seseorang itu memperolehinya sama ada dengan solat fardhu atau solat sunat yang lain sekalipun tidak berniat solat Tahiyyat al-Masjid Tahiyyat al-Masjid.
__________________________________________________________________________
• Seseorang muslim yang sedang berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal pada waktu yang sama dia meraikan Aidil Fitri (ziarah atas undangan atau menyambut tetamu) dalam keadaan dirinya berpuasa, bagaimana penyelesaian yang Islam anjurkan untuk dua keadaan ini?
__________________________________________________________________________
Sebagai maklumat awal:
• i. Haram berpuasa pada awal Syawal. Sehubungan dengan itu, kebanyakan orang mengambil peluang pada hari tersebut untuk memenuhi undangan dan berziarah.
• ii. Puasa sunat enam hari bulan Syawal boleh dilakukan secara berturut-turut atau berasingan dalam bulan Syawal.
• iii. Ia merupakan puasa sunat dan bukannya wajib.
• iv. Bagi seorang isteri perlu mendapatkan keizinan daripada suaminya.
Sekiranya dia didatangi tetamu hendaklah dia meraikan tetamunya. Sunat dia berbuka puasa sunat tersebut. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah,
Yang bermaksud, Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Qiamat maka muliakanlah tetamunya.
Ini kerana tetamu yang datang membawa rezeki kepada tuan rumah. Sabda Rasulullah,
Yang bermaksud, Wahai manusia! Janganlah kamu membenci kehadiran tetamu. Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar (pulang) membawa dosa ahli rumah tersebut keluar.
tribute to jabatan mufti negeri 9
Monday, September 28, 2009
Monday, August 31, 2009
nak sedekah ke xnak ni?
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)
Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
dipetik dari DARUSSYIFA' ONLINE..
merdeka kah kita...
namun, apa yang tidak sedap didengar tetiba memecah keharmonian malam merdeka itu, suara (gemersik ke?) kaum hawa pula bersahut-sahutan di blok perempuan. saya tidak paham macam mana benda ini boleh berlaku. sedarkah bahawasanya mereka sedang berada di dalam bulan yang paling mulia. tidak bolehkah mereka menghormati bulan ramadhan yang mulia ini.....
apakah erti kemerdekaan bagi mereka? sepatutnya, masyarakat yang merdeka perlu melangkah kehadapan untuk membina tamadun yang membolehkan negara kita dihormati dan disegani dimata dunia. bukan sekadar menjerit ditengah malam. merdeka...merdeka tp mesti cuba memikirkan sejenak, apakah sumbangan mereka untuk negara ini.
marilah sama-sama kita muhasabah diri kita. adakah kita benar2 merdeka @ sebaliknya.
Sunday, August 30, 2009
barang yang hilang dah jumpa
Saturday, August 29, 2009
hari ini (29 ogos 2009)
selepas itu, sekembalinya aku ke UMS, aku diuji lg dengan kehilangan barang yang diamanahkan kepadaku. panik juga aku dibuatnya. semua orang cuba aku contact untuk mengesan brg itu tetapi gagal.hu3. selepas penat mencari, aku hanya mampu bertawakal kepada ALLAH dan berharap dapat menemui kembali barang yang hilang itu. semua rakan-rakan dapat mohon untuk mendoakanku.
malam tadi bermula episod baru dalam hidupku, ke'fobia'an aku dengan mic di uji lagi pada malam tadi. alhamdulillah, berkat kesabaran dan latihan berterusan, aku berjaya harungi juga. namun, miss comunication telah mencacatkan sedikit kelancaran program tadi. namun aku bersyukur kerana semuanya telah berakhir... amin.
h3...DAh lewat tp x tdo lg....
Sunday, August 23, 2009
Memperbanyak Sedekah
Bersedekah bukan hanya memberi wang , tetapi termasuk di dalamnya
memberi pertolongan , mengajak berbuka puasa kepad fakir miskin,
memberi perhatian, bahkan memberi seulas senyum pun sudah termasuk
suatu sedekah.
Dapat dibayangkan jika konsep "memberi" (secara luas) ini diterapkan
secara maksimal, selama Ramadhan, akan luar biasa pengaruhnya pada
peribadi kita. Sikap kikir menyingkir, sikap ketergantungan menghilang.
Dengan memberi sedekah setahap demi setahap harga diri akan meningkat.
Karena, sesungguhnya ketika kita memberi, seseorang akan memperoleh.
Dengan demikian, dalam konsep memberi terkandung esensi cinta-kasih.
Tuesday, August 11, 2009
LAPORAN Evening@E
Erm… antara program terbaru yg saya ikuti di bulan julai ialah program evening@E dan motivasi@E. dalam program evening@E, ak terlibat secara langsung sebagai pengarah bahagian teknikal.
Program evening@E adalah program tahunan untuk pelajar baru atau pelajar tahun satu yang bertujuan untuk mendedahkan alam baru untuk pelajar berkenaan iaitu sebagai pelajar di kolej kediaman E UMS.
Program ini juga untuk memperkenalkan para pelajar dengan barisan felo dan JAKMAS E. perkenalan ini penting kerana barisan felo dan JAKMAS ini lah yang perlu dihubungi jika pelajar mengalami sebarang masalah kelak. Tidak lupa juga kepada pihak Chase Perdana yang merupakan pihak swasta yang bertanggungjawab menguruskan kolej kediaman E.
Program ini telah berjalan dengan jayanya atas izin yang maha esa Alhamdulillah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada puan pengarah iaitu Rosdianah Ramli yang sudi menjemput aku membantunya menguruskan program ini. Tidak lupa juga kepada AJK teknikal yang terdiri daripada Desmond, Carolline dan Marwiya yang banyak membantu aku dalam melancarkan perjalanan program pada malam itu.
Banyak yang dapat aku pelajari bila berorganisasi ini. Antaranya ialah perkara yang paling penting dalam bergerak kerja iaitu KERJASAMA. Terima kasih kepada saudara Azizul yang membantu aku menguruskan skrin LCD dan projector yang dipinjam dari UMTP.
Antara pengalaman yang paling mencabar ialah bila semasa hari kejadian…. Eh hari program, pada hari itu kami bertungkus lumus untuk mencari zebra tape.ha3. semua kedai di KF, IP dan 1B telah kami jelajahi tapi x jumpa jugak benda alah dari savanna itu.hu3.
Tidak kurang mencabarnya petangnya, hujan tiba2 turun dengan lebatnya menyebabkan kami basah kuyup mengangkat kerusi.hu3. bila malam menjelma, tiba2 elektrik terpadam. Aku sebagai pengarah teknikal adalah manusia paling panic ketika itu. Terus mencari pihak Chase Perdana untuk membetulkan keadaan. Selepas menjalankan ujian, kami mendapati air hujan telah membasahi soket elektrik menyebabkan elektrik terpadam. Namun, hasil bantuan pihak chase perdana, masalah itu dapat atasi, Alhamdulillah.
Semasa program berjalan, semuanya berjalan lancar Cuma pelajar tahun satu dibelakang agak bising. Mungkin kerana keletihan.he3. (bersangka baik ba…). Tapi, tiada orang yang lebih layak menerima tepukan gemuruh kecuali sahabatku haziq yang telah menjalankan tugas sebagai pengarah prokotol. Walaupun pelbagai rintangan mendatang tapi semua itu dihadapinya dengan tenang dan jayanya. Tahniah dato’.he3.(kena bayar puji ni)
Tidak lupa juga kepada pengarah bersama makanan iaitu saudari kamilah dan nadzirah hanis yang menyediakan juadah yang boleh dikatakan ok la.he3. pengarah bersama bahagian teknikal iaitu evagrace dan juga saudari nita.(salah eja lagi ke? Sori sbb salah eja nama ko rita.he3) sapa lagi ek? Erm.. x lupa juga pada johari bahagian keselamatan dan juga kitty bahagian persiapan tempat yang suka makan KFC tue.he3.
Rasanya, cukup sekadar itu dulu celotehku berkenaan evening@E. andai tersalah jariku menaip atau masalah laptopku yang uzur ni, ak memohon maaf. For all my fren.. thanx again and I’m looking forward to working with u all in other function. Thanx. Kalo ada nama tertinggal tue sori k. kawan-kawanku jangan lupa komen k…..
Akhir kata…. Nantikan laporan ceramah motivasi dan bengkel yang akan menyusul nanti insyaallah.
Assalamualaikum…..
Saturday, August 8, 2009
salam..
Thursday, August 6, 2009
40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib
1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam....
"
Sunday, July 12, 2009
buat duit tanpa modal
Salam,
Email ini di hantar hanya sebagai makluman bahawa anda berpeluang menjana pendapatan sampingan yang lumayan secara percuma.
YA PERCUMA!
Tidak perlu membeli E-Book, Bayar Yuran penyertaan atau seumpama. Ianya 100% percuma, halal dan mudah di laksanakan.
Anda berpeluang menjana USD $1.00 atau RM3.50 setiap kali rakan anda mendownload E-Book Percuma.
Dengan hanya 3 langkah mudah anda boleh menjana antara $10 - $100 sehari dengan menyebarkan download link ke email rakan anda.
Langkah pertama:
klik link ini.Isikan nama dan email anda.
Langkah kedua;
Periksa email anda.Anda akan diminta mengesahkan email anda
Langkah ketiga ;
anda akan di berikan link utk download.klik dan ikut step di link tersebut.
Kalau 100 download, komisen anda adalah sebanyak USD1.00 x 100 = USD$100 x RM3.5 = RM350
Ianya PERCUMA hanya daftar email dan anda sedia menjana pendapatan dalam masa 5 minit.Anda rasa susah sangat ke ..utk suruh org download free..?
Selamat Mencuba
Terima Kasih
P/S: Tawaran ini tak lama...jadi cepat2 lah yee .. Hari ini dapat USD 16....he..he.he..
Mesti ada pay pal untuk bayaran komisen.Tak de paypal klik sini
Tuesday, June 30, 2009
Monday, June 29, 2009
PAKAIAN JARANG
|
MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.
Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).
Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.
Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.
Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.
Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-
l Hendaklah menutup aurat.
Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Imam Bukhari).
l Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.
Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)
l Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.
l Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
l Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.
Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)
l Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.
Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).
l Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.
Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)
l Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.
Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)
l Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.
Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).
Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.
l Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."
l Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)
l Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."
l Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."
l Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."
Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.