banyak sungguh dugaan di bulan mulia ini. alhamdulillah aku masih mampu bersabar. petang tadi kesabaranku di uji oleh budak2 yang cuba ditarbiahkan oleh aku dan rakan-rakan dengan ajaran islam yang suci ini. kalau dulu, agak senang untukku dan kawan2 untuk mengajar bekalan ilmu di dunia menuju akhirat kepada budak-budak yang kebanyakannya tidak bersekolah ini. tapi sekarang, semuanya sudah berubah, aku tidak tau siapa yang perlu dipersalahkan. mungkinkah kekangan masa untukku kesana menyebabkan mereka semakin nakal. hampir hilang sabarku dibuatnya. nasiblah aku masih waras dan kembali kepada niatku yang satu iaitu kerana ALLAH, aku mengalah dengan perangai mereka. namun, sesuatu harus dilakukan untuk memperbaiki keadaaan sebelum keadaan menjadi lebih buruk. ku harap dapat berbincang dengan para sahabatku untuk mencari penyelesaiaannya.
selepas itu, sekembalinya aku ke UMS, aku diuji lg dengan kehilangan barang yang diamanahkan kepadaku. panik juga aku dibuatnya. semua orang cuba aku contact untuk mengesan brg itu tetapi gagal.hu3. selepas penat mencari, aku hanya mampu bertawakal kepada ALLAH dan berharap dapat menemui kembali barang yang hilang itu. semua rakan-rakan dapat mohon untuk mendoakanku.
malam tadi bermula episod baru dalam hidupku, ke'fobia'an aku dengan mic di uji lagi pada malam tadi. alhamdulillah, berkat kesabaran dan latihan berterusan, aku berjaya harungi juga. namun, miss comunication telah mencacatkan sedikit kelancaran program tadi. namun aku bersyukur kerana semuanya telah berakhir... amin.
No comments:
Post a Comment