semalam kita menyambut detik 31 ogos diseluruh negara. tempat lain saya xtau la, tapi kat tmpat saya(xpayah sebut la kan) agak buruk la. tepat jam 12 malam, saya berada dibilik sorang rakan untuk sembang2 sambil bincang hal dunia. tetiba, kami dikejutkan dengan suara garau yang melaungkan perkataan 'merdeka' dengan penuh semangatnya. jeritan tu kemudiannya disahut oleh sahabat2nya yang lain. bagi saya biasa la tue, mgkin diorang cuba menghayati semangat kemerdekaan hasil titik peluang pejuang kemerdekaan di zaman lampau.
namun, apa yang tidak sedap didengar tetiba memecah keharmonian malam merdeka itu, suara (gemersik ke?) kaum hawa pula bersahut-sahutan di blok perempuan. saya tidak paham macam mana benda ini boleh berlaku. sedarkah bahawasanya mereka sedang berada di dalam bulan yang paling mulia. tidak bolehkah mereka menghormati bulan ramadhan yang mulia ini.....
apakah erti kemerdekaan bagi mereka? sepatutnya, masyarakat yang merdeka perlu melangkah kehadapan untuk membina tamadun yang membolehkan negara kita dihormati dan disegani dimata dunia. bukan sekadar menjerit ditengah malam. merdeka...merdeka tp mesti cuba memikirkan sejenak, apakah sumbangan mereka untuk negara ini.
marilah sama-sama kita muhasabah diri kita. adakah kita benar2 merdeka @ sebaliknya.
No comments:
Post a Comment