blog ini adalah untuk tujuan perkongsian ilmu dan kisah hidup peribadi sahaja. ada juga iklan duit online di sisi kanan blog. suma free. x payah segan2 kalo nak join. lastly, please say something after visiting this blog...
Saturday, October 9, 2010
Cinta hingga ke akhir hayat.....
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan
lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry
dan krimnya bukan?"
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah ini mungkin melucukan, tapi pernahkah kita terfikir bahawa, sedalam mana pun cinta kita kepada pasangan kita, tiada jaminan bahawa kita akan bersama dengannya hingga ke akhir hayat kita.
kita hanya mampu merancang dan hanya ALLAH yang menentukan segalanya. jadi, fikir-fikirkan lah semasa memilih cinta kepada siapa yang lebih utama.
moga-moga kita sama2 mendapat kebaikan daripada cerita tersebut. Insyallah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment