Thursday, October 28, 2010

tahniah bambean


Alhamdulillah, segala usaha keras selama ini mendatang hasil dengan izin ALLAH.

semalam(28/10/10) kami diumumkan sebagai johan pameran pembangunan produk SSMP UMS 2010/2011.

Bambean, the frozen desert @ aiskrim bambangan telah membawa kami menjadi johan pada tahun ini.

tahniah kepada semua ahli kumpulan yang memberi komitmen sepenuhnya.

HANAFI...

Wednesday, October 20, 2010

kepada bakal2 guru


gambar hiasan semata mata


salam. dah lama x update blog ni. sibuk dengan persiapan presentation thesis dan macam2 benda lagi.

petang ni nak present proposal. harap sumanyer ok. insyallah.

hari ni nak kongsi citer lawak skit la. mungkin berguna untuk bakal2 guru.he3.

trick pelajar zaman sekarang.he3




Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?

Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.

Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.


moralnya:

korang ready la untuk berdepan murid macam ni.he3. budak2 sekarang makin geliga otak diorang.

tapi yang paling penting, korang(para guru) terapkan budaya murni dalam diri pelajar. ajar budak2 ni cara bersopan, jadi budak yang jujur, bertanggungjawab, menghormati guru dan macam2 lagi la.

tunaikan kewajipan korang sebaik mungkin untuk melahirkan generasi baru yang lebih baik drp yg ada sekarang. kurang setuju sekolah hamil tue. prevention better than cure. sebaik2 prevention is amar makruf nahi mungkar. insyallah.

wallahua`lam.

Friday, October 15, 2010

kisah doktor dgn pesakit


1 out of 10

Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..

Doktor : "Anda harus dibedah!"

Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"

Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit : "Apa???!!!"

Doktor : "Anda jangan takut."

Pesakit : "Kenapa?"

Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Mati, ramai yang merasa gerun bila berbicara mengenai mati.

tapi , sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi sesuatu yang dijanjikan Allah ini (setiap insan pasti akan menghadapi mati.).

Sudah cukupkah amalan kita selama kita hidup di dunia ini.

sama2 lah kita muhasabah diri kita masing2. moga kita bersedia untuk menghadapi janji ALLAH ini.

Wednesday, October 13, 2010

Bapa zaman moden....


SEMBANG TIGA BUDAK...

"Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan...

Budak A " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan....

Budak A meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah "

" Itu tak heran " kata Budak B " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C. " Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. "



Moralnya...

bapak macam ni banyak. pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah.

biar lambat asal selamat. Fikirkan mengenai rezeki yang kita dapat dengan balik awal tersebut.

Halal atau tidak. Rezeki tersebut yang kita akan bagi makan anak bini kita.hu3

Janganlah kita jadi bapak macam ni.... insaf..insaf

Monday, October 11, 2010

Berpakaian jarang diharam cium bau syurga...


Oleh Wan Aminurrashid

MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.

Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).

Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.

Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.

Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.

Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-

l Hendaklah menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.

Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Imam Bukhari).

l Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.

Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

l Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

l Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

l Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.

Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

l Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.

Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

l Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.

Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

l Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

l Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.

Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).

Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

l Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

l Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan. Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

l Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

l Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

l Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.

Blog ini bukan untuk merendahkan sesiapa. Tapi para perempuan dan wanita diluar sana sensitif dengan gaya berpakaian mereka. Jangan memakai pakaian yang boleh mengghairahkan kaum lelaki.

Baju kurung misalnya adalah pakaian tradisi yang sangat ayu dipandang sesuai dengan ciri ketimuran. akan tetapi fesyen terbaru seperti baju yang semakin jarang dan ada belahan didada sangat tidak sesuai untuk di gayakan oleh kaum hawa. Banyak masalah yang akan timbul bila berpakaian sebegini(paham2).


Di harap semua yang membaca mendapat manfaat dan sampaikanlah ilmu ini kepada kaum keluarga dan sahabat handai sekiranya kita sayang kepada mereka. wallahua'lam.

Sunday, October 10, 2010

Iktibar dari satu penampar.....


"Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Didalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.Satu hari beliau bertemu seorang imam tua ditempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, Insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1.Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan ujud Tuhan kepada saya?
2.Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu...,atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan keujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat ujudNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk negeri abadi.'

Moralnya tak usahlah kita sombong dengan ilmu dan kekayaan yang kita ada. Mungkin orang yang kita anggap lebih bodoh atau hina dari kita sebenarnya pada pandangan Allah jauh lebih baik dari kita. Wallahualam.

Powered By Blogger