Sunday, March 15, 2009

marah....

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang laki2 kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harap yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah"
Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."Janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.jelaslah di sini...menahan api kemarahan tu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...

"orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang
dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar
diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal
ia berkuasa untuk membalasnya"
(Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam
menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis
golongan..

Golongan pertama:Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan drp yang 1 dan 2. Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam
kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong
dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri...isteri/suami..keluarga..agama..bangsa dan
negara...

Ifrath lak..sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah2 orang,
tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memengkan marahnyer (ikut hati) ..


Hmm..tak dinafikan..ade masa kita boleh ctrl diri,..dan ade masa terlepas jugak...kita hanya insan biasa...latihan mengawal marah ni boleh dilakukan..di samping teguran2 dr sahabat2 disekeliling kita..saling tegur menegur dan nasihat menasihati..:)banyak ganjarannya sekiranya kita
berjaya mengawal perasaan marah tu...

Benarlah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Bersegeralah menuju keampunan dr Tuhanmu serta syurga yg luasnya
seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk org2 yang bertaqwa. iaitu
orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang
serta orang2 yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan
kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang2 yang berbuat
kebaikan"
(Al Imran 133-134)

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger