blog ini adalah untuk tujuan perkongsian ilmu dan kisah hidup peribadi sahaja. ada juga iklan duit online di sisi kanan blog. suma free. x payah segan2 kalo nak join. lastly, please say something after visiting this blog...
Monday, November 1, 2010
Suami Terbaik
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "
______________________________________________________________________
bukan telefon dia rupanya.hu3. susah betul kalau dapat isteri macam ni kan.he3. tinggi betul 'maintainance'nya.
jadi pilih la baik2 calon isteri dan suami tuan2 dan puan2. ngam ke tak? yang paling penting, betulkan niat untuk apa kita kawin. kalo kita tau untuk apa kita kawin, insyallah perkahwinan itu akan kekal. amin.
ape2 sebab pun, alasannya pasti akan kembali kepada ALLAH. jadi fikir lah baik2 bila kita menyayangi seseorang. sayang kita akan mendekatkan kita kepada ALLAH atau sebaliknya.
akhir kalam, yang baik itu ambillah manfaat dari coretan ini dan yang buruk itu jadikan lah sebagai sempadan insyallah. wallahua`lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment