Tuesday, April 7, 2009

Gerai gaya hidup sihat di jalan Gaya, KK…





salam. sibuk betul saya sem ni. saya bercadang untuk publish post ni dah lama tapi x sempat.hu3. ini antara prog yang terbaru(macam dah lama) yang saya buat kat ums ni la. ni adalah gambar kami di gaya street.

laporan asal program ini ialah....he3



Ahad lepas(22 MAC 09), aku telah ke menjadi AJK untuk program Gerai Gaya Hidup Sihat anjuran SSMP(nama sekolah aku tue, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan) yang bertempat di jalan Gaya KK. Kami bertolak dari UMS dengan kekuatan 12 orang pelajar SSMP.he3. Aku terpaksa mengorbankan masa tidurku yang sangat terhad untuk program ini.he3. 645am dah terpacak kat kafe untuk menunggu kehadiran para peserta yang terdiri dari gabungan pelajar tahun satu dan tahun dua.

Gerai Gaya Hidup Sihat ini diadakan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat Sabah amnya dan kepada penduduk KK khususnya mengenai kepentingan menjaga berat badan yang ideal. Kami menyediakan perkhidmatan memeriksa BMI(body mass index) secara percuma kepada semua orang yang sudi mengambil bahagian. Aku bertindak lebih kepada jurukamera jer hari tue so x banyak la gambar aku..he3.

Cara kira body mass index bagi yang terlupa….

Berat(kg)

Tinggi(m)x Tinggi(m)

Kurang dari 18.5

Kurang berat badan

Risiko penyakit rendah tapi risiko pada masalah klinikal lain

Dari 18.5-24.9

Normal

Biasa

Dari 25.0-29.9

Berat badan berlebihan

Risiko mendapat penyakit meningkat

30 dan ke atas

Obes

Risiko sederhana sehinggga sangat teruk









Cara mengawal berat badan berlebihan….(yang kami cuba promote pada semua la)

1. Tetapkan matlamat

-untuk kurangkan x lebih dari 0.5-1kg seminggu

2. Bersenam

-3 kali seminggu, 20-30minit setiap kali

3. Aktifkan diri anda

-guna tangga drp guna lif @ eskulator

-biasakan jalan kaki unutk perjalanan dekat

-buat kerja rumah sendiri, berkemas, bersih rumah, cuci kereta, berkebun

4. Awasi ape yang anda makan…

-kurangkan snek yg tinggi kalori dan lemak

-elak makan terlalu banyak, makan sedikit2 tapi kerap dan makan pada masa tidak menentu

-elak diet dengan tidak makan

-jgn muntah kembali makanan, menggunakan laksatik atau diuretic yang membahayakan.



· Tue jela yang dapat aku kongsikan. Ada pape yang best lagi aku tulis lagi k.

· thanx sudi luangkan masa untuk baca dan melawat blog in.

· segala yang baik dating dari ALLAH dan yang kurang itu adalah kelemahan aku sendiri, hakikatnya, keduanya berlaku hanya dengan izin ALLAH.

· Semoga beroleh manfaat bersama. Salam…. Wallahua`lam.



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger